Sunday 20 October 2013

aidil adha di perantauan

bismillahirrahmanirrahim.....

Kali ini saya ingin berkongsikan pengalaman saya ketika menyambut hari raya aidil adha atau lebih dikenali dengan hari raya haji. Sebelum itu saya ingin mengucapkan salam aidil adha kepada pembaca semua ^_^

comelkan gambar lembu-lembu di atas tu kan3, hehe..

 korang semua pernah tak turut sama turun padang semasa operasi penyembelihan dan pelapahan lembu ini tak? kalau saya semestinya kena turun padang sekali sebab tiap-tiap tahun ibadah korban dijalankan oleh keluarga saya. Setiap kali sambutan aidil adha ini, semua menu makanan pun turut berubah dan kebanyakannya pun berasaskan daging..
okey, berbalik kepada kisah yang ingin saya kongsikan kepada kamu semua iaitu tentang pengalaman saya ketika pertama kali menyambut aidil adha di perantauan..biasanya saya selalu ada di kampung semasa sambutan ibadah korban ni kerana di kampung lebih meriah kerana ramai sanak saudara pulang ke kampung dan sentiasa ada yang menyambutnya (kampung saya di Kelantan). 
Jadinya perasaan menyambut aidil adha ini memang agak sunyi sedikit, (maklumlah tidak biasa beraya di negeri orang)..tetapi kami tetap menyambutnya secara bergotong-royong bersama penduduk kampung di sekitar masjid ulu bernam (kerana saya adalah penuntut di universiti yang berdekatan dengan masjid itu).
 
(ha, ini dia gambar masjid yg saya nyatakan itu..)
 
Penduduk kampung ini memang ramah dan semangat bekerjasama dikalangan mereka pun nampak sangat mantap membuatkan saya rasa kagum kepada mereka. Bilangan lembu yang dikorbankan adalah sebanyak 3 ekor pada tahun itu (kejadian ini berlaku semasa saya baru tahun pertama di universiti). Proses penyembelihan dan pelapahan juga berjalan lancar kerana masing-masing telah pun dibahagikan tugas. proses melapah diserahkan kepada pihak lelaki dan perempuan menguruskan bahagian masakan, namun ada juga lelaki yg menguruskan bahagian masakan. Semuanya selesai sebelum masuk waktu zohor dan kami pulang selepas solat zohor berjemaah..p/s: saya tengok kebanyakan proses korban di negeri selain kelantan yang pernah saya lihat tidak ambil semua bahagian lembu itu seperti perut,usus dsbnya..kalau di kelantan, semua bahagian kecuali gigi ada orang yang ambil..
di sini saya sertakan sekali video cara melapah daging


Friday 18 October 2013

salam perkenalan, hehe...

بسم الله الرحمن الرحيم  


segala puji bagi Allah Ta'ala, Tuhan sekalian alam serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wassalam, keluarga juga kepada sahabat-sahabat baginda radhiallahu anhum..

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua yang terbaca blog saya ini..okey semua tujuan saya tubuhkan blog ini adalah untuk berkongsi pengalaman hidup saya selama ini dengan kamu semua dan juga ingin berkongsi pendapat dengan kamu semua..saya tahu bahawa setiap orang pasti mempunyai kisah hidup yang tersendiri yang penuh sukaduka..

jadinya ini adalah pengalaman pertama saya menulis blog dan semoga tidak menjadi yang terakhir.. saya juga mengalu-alukan sekiranya ada perkongsian pengalaman teman-teman sekalian dalam blog ini..harapan saya adalah semoga pembaca blog ini akan terhibur dengar segala celoteh kisah hidup saya ini serta mampu membuatkan kamu semua mengimbau kembali memori zaman kanak-kanak dulu..

akhir kalam, saya memohon maaf sekiranya blog ini tidak begitu sempurna ciptaannya..al-maklumlah saya ini budak baru belajar nak menulis blog. rasanya sampai di sini sahaja salam perkenalan saya kali ini..k senyum selalu ye semua..